Peruntukan RM4.5 Juta Untuk Menaiktaraf Jalan Kampung Di DUN Sulaman

berita-sabahFebruary 2024news

Peruntukan sebanyak RM4.5 juta telah diluluskan untuk menaiktaraf lorong-lorong jalan kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman pada tahun 2024 bagi lorong-lorong yang memiliki jarak antara 100 meter hingga 300 meter untuk meningkatkan keselesaan dan kemudahan bagi penduduk tempatan.

Pada Majlis Penyerahan Bantuan Peniaga Kecil dan Penjaja Kawasan Sulaman di Dewan Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama, Tuaran, sebanyak 125 peniaga kecil dan penjaja di kawasan Sulaman menerima bantuan wang tunai sebanyak RM5000 daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) serta peruntukan Sentuhan Kasih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Hajiji, yang juga merupakan Pengerusi SEDIA, menegaskan bahawa Kerajaan Negeri komited untuk mengurangkan kadar miskin tegar di Sabah, yang kini mencatat lebih 22 ribu Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan telah mengamanahkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), agensi-agensi kerajaan, dan para pelabur asing dan tempatan yang membuka kilang di Sabah untuk mengambil anak-anak dari keluarga termiskin tegar sebagai pekerja.

Bagi bantuan kepada peniaga kecil dan penjaja, beliau menjelaskan bahawa ini merupakan salah satu usaha Kerajaan untuk membela nasib golongan tersebut agar ia dapat membantu meningkatkan perniagaan mereka dan secara langsung, meningkatkan pendapatan untuk mereka dan keluarga mereka.