RM16.89 juta Untuk Membangun Dan Memperkasa Belia Di Sabah Melalui Program Dan Aktiviti
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, mengumumkan alokasi RM16.89 juta untuk program dan aktiviti yang bertujuan membangun dan memperkasa belia di Sabah pada tahun 2024. Beliau menegaskan komitmen kerajaan terhadap pembangunan belia untuk mencapai kesejahteraan sosio-ekonomi.
Pada Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Kali Ke-26, beliau menyatakan kepentingan persediaan belia dengan ilmu, kepimpinan, dan kemahiran untuk memimpin dan membawa masyarakat ke arah kebenaran dan keadilan. Beliau menyeru agar agensi yang terlibat dalam pembangunan belia berkolaborasi dan menyelaraskan usaha mereka mengikut keperluan setempat. Hajiji juga menekankan peningkatan integriti dalam organisasi belia dan mengajak MBS, KBSS, dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah untuk bersama-sama menggembleng potensi belia, baik di bandar atau luar bandar.
Saya berharap organisasi belia dapat terus diperkasakan agar lebih ramai yang mendapat manfaat daripada organisasi belia. Penekanan terhadap integriti perlu dipertingkatkan agar sesebuah organisasi dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya”, tegas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor pada 03 Februari 2024, Kota Kinabalu.