Kabinet Negeri Meluluskan Polisi Industri Biojisim Kelapa Sawit dan Cukai Jualan untuk Ekspot
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, mengumumkan bahawa Kabinet Negeri telah menyetujui Polisi Industri Biojisim Kelapa Sawit Negeri Sabah serta Cukai Jualan Negeri ke atas ekspot biojisim kelapa sawit keluar dari Sabah semasa mesyuarat pasca-kabinet di Menara Kinabalu pada 7 Februari 2024.
Tujuan utama langkah ini adalah untuk mengawal ekspot biojisim kelapa sawit, dengan rancangan menyediakan Enakmen Biojisim (Biomass) Kelapa Sawit Negeri Sabah untuk mengawal dan menyelia industri biojisim kelapa sawit di Sabah. Pelaksanaan dasar ini dijadual bermula dalam tempoh dua tahun selepas POIC Sabah Biomass Collection Platform beroperasi sepenuhnya, dan akan dipantau oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan.
Selain itu, Beliau juga menyampaikan bahawa ketua-ketua jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri bahawa Jemaah Menteri negeri telah maklum dengan tindakan penambahbaikan pengurusan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.