TAR UMT Cawangan Sabah: Pemerkasaan Pendidikan dan Pembangunan Belia
Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) memperluaskan sayapnya ke Sabah dengan pembukaan cawangan baru, memberi dorongan dalam pembangunan pendidikan.
Perasmian cawangan ini di Alam Mesra, Kota Kinabalu pada 24hb Februari 2024 disambut baik oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, yang menyatakan inisiatif ini sejajar dengan aspirasi Kerajaan negeri untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Sabah.
Pembukaan cawangan ini juga sejajar dengan komitmen Kerajaan negeri dalam memperkuatkan modal insan sebagai salah satu teras utama pelan pembangunan "Hala Tuju Sabah Maju Jaya" (SMJ).
Selain itu, Beliau menekankan pentingnya untuk fokus kepada bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) dan Kerajaan negeri telah menetapkan sasaran untuk meningkatkan jumlah pelajar yang mengambil aliran sains sehingga 40% menjelang 2025, dan untuk itu, pentingnya mempunyai institusi pengajian tinggi berkualiti yang menawarkan program berkaitan STEM.