Projek Pemetaan Budaya dan Kajian Restorasi Bangunan Bersejarah di Sabah
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, mengumumkan kelulusan dua projek baharu di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), bertujuan memelihara dan melindungi warisan budaya di Sabah.
Projek 1: Pembangunan Sistem Pemetaan Budaya Bersepadu Negeri Sabah, dengan peruntukan RM2 juta, bertujuan untuk mentransformasikan pengurusan maklumat budaya etnik Sabah kepada sistem maklumat moden selaras dengan Pelan Pendigitalan Kerajaan.
Projek 2: Kajian Restorasi Bangunan Pejabat Lama Pejabat Perkhidmatan Kebajikan, dengan peruntukan RM200,000, akan melibatkan pembangunan semula bangunan bersejarah Pejabat British North Borneo Chartered Company yang musnah akibat kebakaran.
Hajiji menekankan pentingnya memelihara warisan budaya sebagai lambang ketamadunan negeri dan memperkukuhkan segmen ekopelancongan,serta menggesa persatuan etnik di Sabah untuk terus membangunkan dan memartabatkan budaya etnik serta produk pelancongan berasaskan komuniti di kawasan masing-masing.
Sebagai Presiden Persatuan Rumpun Bajausama Sabah, Hajiji berharap Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah dapat menjadi medan untuk memulihara khazanah budaya negeri ini, serta memperkukuhkan silaturrahim dalam kalangan penduduk setempat.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor melakukan gimik perasmian Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah di Dewan Pusat Kebudayaan Bajausama Sabah, Kampung Lok Batik, Tuaran.