33 Pegawai Teknikal Menerima Watikah oleh Ketua Menteri

berita-sabahMarch 2024news

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, menyampaikan watikah pelantikan secara Contract of Service (COS) kepada 33 orang pegawai teknikal tempatan Sabah di Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri).

Dalam majlis tersebut, beliau menyerahkan watikah pelantikan kepada 10 orang Jurutera Awam J41, 6 orang Penolong Jurutera Elektrik JA29, dan 17 orang Penolong Juruukur Bahan JA29.

Pengambilan ini dilakukan secara berfasa dengan tujuan memperkuat unit teknikal dan memperkasakan pejabat-pejabat daerah di seluruh Sabah. Dengan pelantikan ini, kerajaan berharap dapat memastikan projek-projek infrastruktur rakyat dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan juga mengikut spesifikasi kerja yang ditetapkan.

Sasaran kerajaan adalah untuk melantik 114 pegawai teknikal dan sehingga kini, 86 jawatan telah diisi. Setiap Pejabat Daerah akan mendapat seorang jurutera dan 2 penolong jurutera yang akan ditempatkan secara COS bagi mempercepatkan pelaksanaan projek-projek rakyat.

Program ini dilaksanakan di seluruh negara berdasarkan persetujuan Kerajaan Negeri dengan peruntukan emolumen yang akan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan.