Pelajar Sabah Terima Subsidi RM600
26 March 2024
Berita baik untuk pelajar Sabah.
Semua pelajar Sabah yang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di Malaya, Sarawak dan Labuan layak menerima bantuan khas one-off RM600 seorang. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk bantuan subsidi tiket penerbangan.
Beliau mengumumkan bantuan itu semasa lawatannya ke Pulau Pinang pada 25hb Mac 2024 untuk Majlis Berbuka Puasa Bersama Mahasiswa Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi di Malaya. Bantuan khas tiket penerbangan akan diberi kepada pelajar berkenaan dan ianya boleh digunakan pada bila-bila masa untuk pulang ke Sabah.