Kerajaan Negeri Komited Tuntut Hak Sabah, Termasuk 40% Hasil Cukai
"Kerajaan Negeri yang tidak pernah berganjak dalam usaha menuntut hak Sabah, termasuk pengembalian 40 peratus hasil cukai yang dikutip di Sabah oleh kerajaan Persekutuan. Dakwaan pembangkang yang menuduhkan kerajaan pimpinannya tidak bersuara atau berdiam diri dalam isu ini adalah tidak betul, selain bertujuan memperkecilkan Kerajaan Negeri. Tuntutan hak Sabah sentiasa diperjuang dan ditegaskan oleh Kerajaan Negeri, sama ada dalam Mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) atau dalam Mesyuarat Kabinet. Dalam Mesyuarat MA63 yang dipengerusikan Perdana Menteri, saya pun duduk di sana. Saya nyatakan dengan tegas apa yang kita tuntut, termasuk 40 peratus hasil cukai yang mesti dikembalikan kepada Sabah. Kita bersuara dalam mesyuarat dan ia direkod serta diminitkan, bukan saja semasa Perdana Menteri Ke-10 (PMX), malah juga sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri. Tuntutan hak Sabah yang saya tegaskan boleh disemak dalam minit Mesyuarat MA63. Usaha menuntut hak Sabah memerlukan kata sepakat daripada semua pihak capai. Kalau kita bergaduh kerana mahu berebut kuasa tentu usaha ini menjadi lambat untuk berjaya. Saya harap sangat supaya dalam politik kita bersatu hati. " -Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, 2hb Jun 2024