Sesi Perbincangan Bersama Presiden-Presiden Parti GRS

berita-sabahJune 2024news
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meluangkan masa minum lewat petang (high-tea) bersama Presiden-presiden parti komponen GRS di pejabatnya di Menara Kinabalu.

Beliau yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) sering mengadakan perjumpaan bersama Presiden-presiden parti komponen GRS bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan negeri dan negara.