Kunjungan Jawatankuasa Induk Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak

berita-sabahJune 2024news
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima surat jemputan rasmi ke majlis perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak daripada Menteri Belia, Sukan & Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah semasa menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Induk SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Khamis.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Induk Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA XXI Sarawak diketuai oleh Menteri Belia, Sukan & Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah di Menara Kinabalu.

Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah telah memberi taklimat persiapan Sarawak dan menyerahkan surat jemputan rasmi kepada Hajiji untuk majlis perasmian SUKMA XXI Sarawak dan Para SUKMA pada bulan Ogos. Hajiji menyatakan Sabah akan menghantar kontinjen terbaik untuk bersaing dengan negeri-negeri lain termasuk tuan rumah Sarawak.

Abdul Karim menyatakan persiapan SUKMA XXI Sarawak yang akan diadakan di 9 bahagian negeri Sarawak. Persiapan untuk kejohanan ini telah diatur secukupnya dan hanya tinggal 58 hari lagi. Sabah adalah negeri terakhir yang dikunjungi Jawatankuasa Induk SUKMA dan Para SUKMA XXI setelah mengunjungi semua negeri termasuk Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir dalam rombongan Abdul Karim adalah beberapa menteri dan pegawai tinggi Sarawak, sementara dari Sabah, hadir Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ellron Angin dan Pembantu Menterinya, Datuk Fairuz Renddan, serta beberapa pegawai tinggi negeri.