Kerajaan Sabah Fokus Dalam Pembangunan Pendidikan

berita-sabahJune 2024news
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menandatangani plak perasmian bangunan serbaguna Eng Ket Thong di SJK (C) Chen Shin.

Kerajaan Sabah akan terus memberi keutamaan dalam sektor pembangunan pendidikan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Pendidikan adalah aset penting dalam melahirkan rakyat yang berilmu dan berpengetahuan untuk pembangunan serta kemajuan negeri, kata beliau.

____________________________________________________________________________________________________________________

“Rakyat yang mempunyai pendidikan dan pelbagai kemahiran akan membantu membangunkan. Kerajaan akan terus memastikan pembangunan infrastruktur dan akses pendidikan kondusif,”katanya pada 22 Jun 2024 semasa perasmian Bangunan Serbaguna Baharu Sekolah Jenis Kebamgsaan Cina (SJKC) Chen Sin Tuaran.

____________________________________________________________________________________________________________________

Kerajaan tidak akan mengabaikan kepentingan seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama, termasuk dalam aspek pendidikan yang akan memberi pelbagai inisiatif seperti biasiswa dan pinjaman selain bantuan off. Dengan itu, penubuhan Tabung Pendidikan Negeri Sabah akan diutamakan untuk membantu pelajar yang tidak mendapat bantuan biasiswa

Peruntukkan sebanyak RM2 juta akan diberi untuk pembinaan bangunan serbaguna yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pembelajaran seperti bilik muzik, reka bentuk dan teknologi (RTB), multi-media, sains dan perpustakan.

Dengan itu, Kerajaan Negeri juga akan teruskan membangunkan TVET di negeri ini dan ia akan diperluaskan ke seluruh Sabah.