Pendekatan Untuk Mempelbagaikan Produk Pelancongan

berita-sabahJune 2024news
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor ketika menyempurnakan gimik perasmian sempena Majlis Pecah Tanah Tawau International Cultural Centre (TICC), di tapak pembinaan TICC, Sabindo.

Kerajaan Negeri Sabah kini dalam proses merangka pelbagai projek pelancongan untuk mencipta lebih banyak produk pelancongan Baharu serta projek yang berkaitan dengan kebudayaan. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyatakan bahawa di Tawau, pembinaan resort baharu di Taman Bukit Tawau dengan kemudahan seperti chalet, laluan pejalan kaki, kolam air panas, dan Pusat Penyelidikan Tenggiling.

Selain itu, Jeti Tawau juga akan dinaik taraf untuk memudahkan perjalanan pelancong ke Semporna. Tawau merekodkan 25,684 pelawat dari Januari hingga April 2024 dan mempunyai 115 penerbangan mingguan.

Pada 29 Jun 2024, Hajiji merasmikan Majlis Pecah Tanah Pusat Kebudayaan Antarabangsa Tawau (TICC), yang dijangka menjadi tarikan baharu dan pusat penganjuran acara kebudayaan, membantu mencapai sasaran 3 juta pelancong ke Sabah pada 2024. Setakat Januari hingga April 2024, Sabah menerima 1.004 juta pelancong dengan anggaran resit pelancongan sebanyak RM2.23 bilion. TICC akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk dewan konvensyen, bilik seminar, dan mini teater.