Tan Sri Sukarti Wakiman Kekal Sebagai Pengerusi SPANS

berita-sabahJuly 2024news

Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dilantik semula sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) untuk tempoh 3 tahun berkuatkuasa 1 Julai 2024.

Mantan Pegawai Daerah, Datuk Stephen Laison Sondoh dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, menggantikan Datuk Cladius Roman. Tujuh orang daripada ahli SPANS yang dilantik, dua penambahan baharu iaitu Datuk Patrick Tan Su Teck dan Puan Luvita Koisun.

Lima Ahli SPANS yang dilantik semula ialah Datuk Idrus Shafie, Datuk Janet Chee Ken Liam, Haji Awang Jami @ Awang Shamsi, Encik Ariffin Gadait dan Encik Iman Bin Ali.

Mereka menerima watikah pelantikan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor pada 3 July 2024 di Menara Kinabalu.