RM33 Juta Untuk Sabah

berita-sabahJuly 2024news

Sabah menerima peruntukan RM33 juta untuk meningkatkan keterjaminan makanan, antaranya adalah ternakan bersepadu ruminan dan pemulihan sawah-sawah padi terbiar. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan penyerahan replika cek berjumlah RM33,593,226.00 daripada Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), kepada Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Gapari Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I, selaku Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, pada 13 Julai 2024 di Kota Kinabalu.

Ketua Menteri berkata Sabah akan teruskan meningkatkan tahap sara diri (SSL) hasil pertanian terutamanya padi serta mengaktifkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah. Selain itu, beberapa inisiatif akan dilaksanakan bagi meningkatkan SSL beras daripada 22 peratus pada 2024 kepada 31 peratus pada tahun 2025.