Hajiji Hadir Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong
20 July 2024
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menghadiri majlis Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada 20hb Julai 2024.
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari 2024. Turut berangkat ke majlis itu ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M Jasni.