Peruntukan Project RM211 Juta Untuk Sabah

berita-sabahJuly 2024news
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Encik Nga Kor Ming menyaksikan penyerahan Projek Menaik Taraf Tapak Pelupusan Santari Sisa Pepejal, Kayu Madang, Kota Kinabal, di Sri Gaya, Kota Kinabalu; dan acara menerima gambar project tersubut; dan acara menerima penyerahan peruntukan.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sebanyak RM211.8 juta untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan di Sabah untuk 2024. Pada 26 Julai 2024, KPKT menyerahan dokumen siap projek Menaik Taraf Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal Baru di Kayu Madang, Kota Kinabalu, dengan kos RM44.1 juta.

Tapak yang baharu siap itu mampu menerima 850 metrik tan sisa pepejal sehari, dilengkapi dengan system linear, system collection leachate, system pelepasan gas. Project itu termasuk menaik taraf "Leachete Treatment Plant" dengan menggunakan teknologi nano filteration yang canggih dan membolehkan air larut resap (leachete) melepasi kesemua 24 parameter yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Projek itu akan memberikan manfaat kepada penduduk di 5 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK); dan Majlis Daerah Putatan, Tuaran, Kota Belut dan Penampang. Dalam masa yang sama, KPKT sedang melaksanakan 2 lagi projek baharu bernilai RM77 juta, iaitu projek pembinaan tapak pelupusan sanitari sisa pepejal di Pantai Barat Selatan dengan kos RM47 juta; dan projek menaik taraf tapak pelupusan sanitari sisa pepejal di Labuk, Sandakan dengan kos RM30 juta.

    Kini, KPKT sedang menunggu peruntukan dari Kementerian Ekonomi bagi kelulusan Rolling Plan Kelima (RP5) Tahun 2025 bagi 4 lagi projek baharu pengurusan sisa pepejal khusus untuk negeri Sabah bernilai hampir RM105 juta, iaitu:

  • pembinaan Fasa 1 Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal Berpusat, Lahad Datu Landfill Level 4 dengan kos RM41 juta;
  • penutupan selamat Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Kampung Langkawit, Papar dengan kos sebanyak RM17 juta;
  • pembinaan Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal Kota Marudu, RM21 juta; dan
  • pembinaan Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal, Keningau RM26 juta.