Ketua Menteri dan Yang di-Pertua Negeri Hadir Hari Pahlawan

berita-sabahJuly 2024news
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Encik Nga Kor Ming menyaksikan penyerahan Projek Menaik Taraf Tapak Pelupusan Santari Sisa Pepejal, Kayu Madang, Kota Kinabal, di Sri Gaya, Kota Kinabalu; dan acara menerima gambar project tersubut; dan acara menerima penyerahan peruntukan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin menghadiri majlis sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2024 pada 31 July 2024 di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan, Kota Kinabalu.

Mereka di beri tabik hormat daripada Kawalan Kehormatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah.

Acara acara termasuk menaikkan Jalur Gemilang dan Bendera Sabah; lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku; Tiupan Paluan Akhir “The Last Post” oleh PDRM; persembahan khas oleh Angkatan Tentera Malaysia; bacaan sajak pahlawan; tiupan “Rouse”, pameran dan penyampaian sumbangan kepada balu dan keluarga anggota keselamatan yang terkorban semasa Peristiwa Tanduo Lahad Datu pada 2011.