Peruntukan RM60 Juta Untuk Fasa 3 Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) Keningau

August 2024berita-sabahnews
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan Anugerah Ketua Menteri kepada Nur Syahfinaz Mohd Isa (Diploma Dakwah Islamiah) pada Majlis Istiadat Konvokesyen ke 18 Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) Keningau di Dewan Tun Sakaran institut itu pada Selasa.

Peruntukan sebanyak RM60 juta telah dililuskan oleh Kerajaan Persekutuan untuk pembinaan fasa ke-3 (IPDAS) Keningau bagi menampung pertambahan pelajar seramai 300 orang. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, pembinaan yang kini dijalankan akan dijangka siap pada Mac 2026, menjadikan kapasiti sebenar mahasiswa IPDAS Kampus Keningau, dianggarkan seramai 700 orang.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Saya yakin, dengan pertambahan jumlah mahasiswa itu nanti, IPDAS akan dibekalkan dengan para pensyarah dan tenaga kerja yang terlatih dan mencukupi, bagi memastikan projek ini bukan sahaja mampu memberi kemudahan infra yang lebih kondusif kepada para mahasiswa dan warga kerjanya, bahkan mampu melonjakkan lagi tahap kualiti pendidikan di Sabah".
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Saya amat mengalu-alukan langkah Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mengambil berat soal menaiktaraf kemudahan pendidikan di Sabah, khususnya IPDAS", katanya pada Majlis Istiadat Konvokesyen IPDAS Kali Ke-18,Tahun 2024 di Dewan Tun Sakaran, IPDAS.

Beliau yakin IPDAS sebagai sebuah institusi Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) di bawah JAKIM yang berpotensi melahirkan generasi Rabbani yang berpendidikan tinggi, membentuk modal insan yang berkeupayaan sebagai pendakwah profesional dalam kalangan masyarakat.

Tambahan itu, kerajaan negeri mempelawa para pelabur datang dan melabur di Sabah dengan tujuan untuk mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi, sekaligus mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak muda. Pendedehan kepada anak-anak tempatan adalah elemen penting seperti jenis latihan, termasuk latihan kemahiran, serta penggunaan teknologi tinggi.

Secara tidak langsung ia akan meningkatkan pembangunan modal insan, seiring pembangunan sektor ekonomi negeri seperti yang termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diperjuangkan oleh kerajaan negeri sekarang", katanya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Hanya menerusi ilmu pengetahuan, kemahiran dan pendidikan tinggi anak-anak kita dapat bersaing dan berjaya sekali gus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan Sabah khususnya", katanya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Katanya, istiadat konvokesyen itu juga merupakan simbol kejayaan IPDAS dalam menghasilkan warga yang berilmu dan bertaqwa, setanding dengan pencapaian institusi pengajian tinggi lain di negara ini.