Tiada Kaum Terpinggir dalam Pembangunan Saksama

August 2024berita-sabahnews

Kerajaan Sabah akan sentiasa memastikan pembangunan yang saksama dan memastikan tiada kaum yang terpinggir, termasuklah dalam aspek kebudayaan. Di Sabah, sikap toleransi dan kesederhanaan terhadap segala polisi, menggalakkan setiap kumpulan etnik termasuk kaum Tionghua.

Dalam ucapannya , Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, Kerajaan akan sentian prihatin membantu masyarakat di negeri Sabah tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Datuk Phoong Jin Zh, (Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri) semasa Majlis Makan Malam Perayaan Ulang Tahun Ke-30 dan Majlis Angkat Sumpah Ahli Jawatankuasa Pusat Penggal Ke-14 Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) di Dewan Hakka, Teluk Likas, Kota Kinabalu pada 23 Ogos 2024.

Peruntukan sejumlah RM56.75 juta telah dibagi untuk badan-badan keagamaan bukan Islam, mubaligh, sekolah jenis kebangsaan dan persendirian di Sabah untuk 2024, dengan peningkatan sebanyak RM2.7 juta berbanding RM54.05 juta pada tahun 2023.

FCAS turut memainkan peranan penting membantu kerajaan dalam meningkatkan ekonomi Sabah dan Ketua Menteri berharap kesepaduan dan kerjasama yang erat dalam FCAS dapat membantu Kerajaan dalam Pembangunan di Sabah. Dengan adanya pengaruh, kepakaran dan rangkaian FCAS yang luas, secara tidak langsung akan membantu Sabah terutamanya dari aspek pelabur untuk dating ke Sabah.