Penyerahan 444 Geran Tanah Kepada Penduduk Kudat

August 2024berita-sabahnews
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor beramah mesra dengan sebahagian orang ramai yang hadir sempena Majlis Pelancaran Program Bakti Madani Kudat 2024; tinjauan mesra ke tapak program.

Kerajaan negeri Sabah telah menyerahkan sejumlah 444 geran tanah anak negeri kepada penduduk dari tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam daerah Kudat melibatkan jumlah keluasan 1,130.09 hektar. Pemberian geran ini melibatkan sebanyak 353 untuk DUN Matunggung; DUN Tanjong Kapor (55 geran) dan; DUN Banggi (36 geran).

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan geran-geran itu sempena Pelancaran Program Bakti Madani Kudat 2024 pada 24 Ogos 2024 di Dataran Tomborungus di Kudat.

Dengan penyerahan geran tanah ini, kerajaan berharap ini dapat meningkatkan taraf hidup rakyat. Penyerahan geran tanah anak negeri dilaksanakan di beberapa kawasan antaranya di Pitas dan di Pintasan, Kota Belud.

“Ini adalah bukti usaha kerajaan negeri dalam memastikan hak dan kepentingan rakyat sentiasa diberi keutamaan. Tanggungjawab ini diambil dengan penuh dedikasi untuk memastikan kesejahteraan dan kestabilan sosio ekonomi rakyat,” katanya.

Semasa majlis itu, Ketua Menteri turut menekankan pentingnya unutk membawa pembangunan di daerah berkenaan di mana cadangan untuk mewujudkan satu taman perindustrian yang baharu di Kudat. Taman perindustrian di Kudat sesuai kerana daerah ini mempunyai pelbagai kemudahan yang sedia ada termasuk laut yang dalam dan pelabuhan selain lokasi yang strategik kerana dekat dengan beberapa negara seperti China, Korea dan Jepun. Dengan itu, ini memberi manfaat kepada penduduk dan daerah ini.

Beliau berkata Program Bakti Madani Kudat 2024 adalah satu pendekatan yang sangat relevan bagi memperluaskan lagi kefahaman konsep Malaysia Madani dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya kepada masyarakat hingga ke peringkat akar umbi, dengan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat.

Tambahan itu, “Program ini untuk juga dapat menyantuni rakyat dengan pelbagai perkhidmatan baik daripada agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, Syarikat syarikat GLC), swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) yang telah disediakan menerusi reruai pameran masing-masing. Beliau berharap program ini dapat diperluaskan ke daerah lain agar lebih ramai rakyat di peringkat akar umbi dapat menerima manfaat yang sama daripada program ini.