Pertemuan Rundingan Pemimpin Tahunan (ALC) mengukuhkan hubungan Malaysia-Brunei

August 2024berita-sabahnews

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata ALC tahunan itu merupakan petanda baik untuk penyatuan kerjasama yang saling menguntungkan antara Malaysia dan Brunei, dalam meneruskan kerjasama antara Malaysia-Brunei yang kukuh dan juga Sabah-Brunei.

Ketua Menteri mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rundingan Pemimpin Tahunan Kali ke-25 Malaysia-Brunei Darussalam, pertemuan peringkat tertinggi kedua-dua negara yang diadakan pada 26 Ogos 2024, di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei.

Pemimpin kedua-dua negara - Brunei yang diketuai oleh Sultan Hassanal Bolkiah, menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman dan Instrumen Dua Hala antara Kerajaan Malaysia dan Brunei Darrusalam.

Selain meneroka peluang baharu untuk manfaat bersama, kemajuan kerjasama dua hala sedia turut dibincangkan dalam pertemuan itu. Semasa lawatan itu, Perdana Menteri antara lain diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan beberapa menteri kanan Persekutuan.