Ketua Menteri Melawat Kilang BTC

berita-sabahnewsSept 2024

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor melaksanakan simbolik pecah tanah Kilang Memproses Makanan dan Roti Baharu Syarikat Kumpulan BTC Berhad masa melawat kilang itu di Bangunan Darul BTC , Jalan Tuaran Bypass, Inanam pada 7 September 2024.

Di samping itu, beliau turut menyaksikan majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Kumpulan BTC dan Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk program perindustrian desa kepada golongan miskin tegar dan Surat Niat (Letter of intent (LoI)) melibatkan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sabah dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

LoI antara BTC dan UMS melibatkan Fakulti Sains Makanan dan Sains Pemakanan sebagai rakan strategik membantu dalam pembangunan dan penyelidikan untuk menambahbaik kualiti produk selain memberi peluang dan ruang kepada siswazah menjalani latihan praktikal.

Manakala LoI bersama ABM pula, entiti itu akan terus membekalkan tenaga mahir dan separa mahir kepada BTC selain meningkatkan kebolehan kakitangan sedia ada.