Ketua Setiausaha dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Membuat Kunjungan Hormat ke Ketua Menteri

berita-sabahnewssabah-news
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor Bersama Datuk Awang Alik Jeman semasa kunjungan hormat.

Datuk Awang Alik Jeman, Ketua Setiausaha baharu di Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di kediaman rasmi Sri Gaya pada 17 September 2024.

Datuk Awang Alik merupakan anak jati Sabah kedua yang dilantik ke jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam. Sebelum itu beliau adalah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri. Awang Alik menggantikan Datuk Ruji Ubi juga anak jati Sabah yang bertukar jawatan ke Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hajiji menerima cenderamata daripada Tan Sri Dato (Dr) Johari Abdul.

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato (Dr) Johari Abdul.