Hajiji: Warisan Punca Utama Masalah Air Bertambah Teruk

berita-sabahnewsSept 2024
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor, 23 September 2024.

"Apabila Warisan Sabah mengambil alih Kerajaan, mereka tamatkan konsesi kepada sembilan buah syarikat syarikat kontraktor air. Kerajaan terpaksa bayar RM315 juta kepada syarikat-syarikat konsesi ini. Jahat fikiran dan tindakan mereka. Selepas konsesi syarikat terbabit ditamatkan, Kerajaan Warisan Sabah melantik syarikat baharu pilihan mereka yang tiada pengalaman selain gagal melaksanakan kerja dengan baik untuk mengurus bekalan air di Sabah. Tambah teruk masalah air kita kerana tindakan mereka yang berpunca dendam kepada kerajaan terdahulu.”