LIGS Sumbang RM2 Juta

berita-sabahnewsSept 2024
Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima sumbangan RM2 juta daripada Pengurus Besar Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) Encik Sabdil Tanjong dan Pengerusi LIGS, Datuk Edward Linggu serta ahli-ahli lembaga pengarahnya pada 24 September 2024.

Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) agensi dibawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah menyerahkan sumbangan sebanyak RM2 juta kepada Kerajaan Negeri. Encik Sabdil Tanjong, Pengurus Besar LIGS dan Datuk Edward Linggu Pengerusi LIGS, menyerahkan sumbangan itu kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor pada 24 September 2024 di Menara Kinabalu. Jumlah sumbangan itu meningkat sebanyak 33% berbanding tahun lalu.