Majlis Tindakan Iklim Sabah (SCAC) Ditubuhkan Menangani Isu Perubahan Iklim
Majlis Tindakan lklim Sabah (SCAC) ditubuhkan untuk menyelaras projek-projek mitigasi dan adaptasi perubahan iklim di peringkat negeri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. Sabah telah membuat pindaan ke atas Ordinan Tanah Sabah Bab 68, dengan peruntukan perundangan berkaitan penyimpanan karbon yang mula berkuat kuasa pada 19 Jun 2023.
“Selain itu, Sabah juga menyelesaikan kajian inventori Greenhouse Gas Sabah dan penilaian kerentanan untuk pembangunan Dasar Perubahan lklim Sabah ke arah pembangunan rendah karbon Sabah”, katanya pada 27 September 2024 di “Sesi Libat Urus Kementerian Ekonomi Malaysia Bersama Kerajaan Negeri Sabah Mengenai Pelaksanaan Inisiatif Pemerangkapan, Penggunaan Dan Penyimpanan Karbon” (Carbon Capture, Utilisation And Storage-CCUS) di Malaysia di Bilik Mesyuarat Utama, Menara Kinabalu.
Hajiji diwakili oleh Timbalan Menteri I/Menteri Pertanian, Perikanan danIndustri Makanan Negeri, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G Datuk Kitingan.Dengan inisiatif CCUS selaras dengan iltizam Kerajaan Negeri dalam menangani isu perubahan iklim dan merealisasikan agenda teknologi hijau negara, serta sumbangan wilayah Sabah kepada komitmen negara merealisasikan “Nationally Determined Contributions (NDCs).”
Dimaklumkan bahawa Draf Rang Undang-Undang (RUU) CCUS dalam proses penggubalan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Hajiji percaya semua pihak berkepentingan termasuklah kementerian persekutuan, pemain-pemain industri dan kerajaan negeri akan terlibat dalam menyediakan RUU yang komprehensif.
Terdapat 9 perkara utama difokuskan dalam pelan komunikasi mengenai inisiatif CCUS di Malaysia, merangkumi aspek manfaat ekonomi, perlindungan alam sekitar, kesiapsiagaan dan teknikal. Hajiji berkata, inisiatif CCUS adalah selamat dan diperlukan untuk membantu Malaysia mencapai Aspirasi Bersih Sifar pada tahun 2050.
“CCUS membantu Sektor Hard-To-Abate Tempatan bagi menangani Pelepasan Gas Karbon Dioksida, mengurangkan kos penyah karbonan bagi Sektor Hard-To-AbateTempatan. Malaysia berpotensi menjadi Hab Serantau CCUS dan ia mendorong pertumbuhan CCUS meningkatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia”, katanya.
Dengan itu, beliau berharap menerusi kerjasama daripada Kementerian Ekonomi untuk memastikan input daripada negeri Sabah diambil kira bagi memastikan Sabah tidak tertinggal dalam inisiatif CCUS.