Tanah SFI Untuk Penduduk Tenom

berita-sabahnewsSept 2024

Beberapa ribu hektar tanah dalam kawasan konsesi perhutanan dalam kawasan Sabah Forest Industry (SFI) di daerah Tenom akan diwartakan sebagai tanah perkampungan. Demikian adalah usaha Kerajaan GRS supaya penduduk dapat terus mendudukinya secara sah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata - pada 28 September 2024, di Tenom - Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) akan melaksanakan program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) dalam masa terdekat. JTU akan mengukur tanah dan mengeluar geran kepada penduduk, dan bagi tanah yang belum disukat, JTU akan membuat ukuran supaya tanah yang sudah lama diusahakan oleh penduduk, meraka akan diberi geran, kata Hajiji.

Hajiji menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Kemabong, Tenom, dan beliau memberi maklum balas terhadap beberapa usul yang dikemukakan oleh Bahagian GRS Kemabong berkaitan dengan kepentingan rakyat kawasan itu, termasuk isu tanah.