Media di Sabah adalah Adil dan Saksama
Menghormati dan melindungi kebebasan akhbar adalah penting untuk kemajuan sosial dan pembangunan demokrasi. Kini, Media di Sabah adalah adil, berobjektif, dan sakasama, Dimana semua suara dan pandangan didengar dan dihormati. Itulah yang ditekankan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor Ketika berucap pada 29 September 2024 ketika Kinabalu Press Award (KPA) 2024 di Hotel Hilton, Kota Kinabalu.
“Ahli media bertanggungjawab memberi kesan kepada integriti berita termasuklah ketika mengumpul maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai dan juga memberi liputan berita yang seimbang,” kata Hajiji.
Media di Sabah telah menunjukkan dedikasi di peringkat yang tinggi dalam melaporkan berita yang benar, sahih dan tepat. Dengan itu, peranan media adalah penting dalam menyebarkan maklumat mengenai agenda pembangunan negeri, khususnya pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.
Anugerah tahunan Kinabalu Press Award ini relevan untuk mempromosi dan mengiktiraf kecemerlangan kewartawanan, serta menggalakkan bakat baru, kata Hajiji. Kerajaan Negeri akan terus memberi sokongan dan tajaan dari Shell, Petronas, Qhazanah Sabah Berhad dan terbaru SMJ Energy Sdn Bhd yang mencerminkan tema KPA ‘Progress Through Smart Partnership’, kata Hajiji.