Belanjawan 2025: Peningkatan Peruntukan Untuk Sabah
Belanjawan Madani 2025 merupakan langkah progresif Kerajaan Perpaduan untuk menyediakan kehidupan yang sejahtera kepada rakyat tanpa menjejaskan kesejahteraan ekonomi negara. Ketua Menteri berkata peruntukan RM6.7 bilion untuk Sabah tahun depan adalah peningkatan sebanyak 0.45 peratus berbanding RM6.67 bilion pada tahun 2024.
"Ini sudah memadai untuk meneruskan projek pembangunan pada tahun akhir Rancangan Malaysia Ke-12 pada tahun 2025," katanya selepas mendengar siaran langsung Belanjawan Negara dari Dewan Rakyat yang dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Menara Kinabalu hari ini.
Tambahan itu, Kerajaan Persekutuan juga telah menaikkan bayaran khas interim Sabah daripada RM300 juta kepada RM600 juta tahun 2025, yang turut dimasukkan dalam Belanjawan untuk merapatkan jurang pembangunan wilayah melalui penyediaan kemudahan asas seperti jalan raya, air dan bekalan elektrik," katanya.
Berikut merupakan pengumuman Perdana Menteri:
- Surat setuju terima (SST) bagi 17 pakej di bawah Fasa 1B Pan Borneo Sabah, termasuk jajaran Kota Belud - Kudat; Tawau ke Kampung Lot M dan Telupid ke Ranau bernilai RM9.7.
- Sabah Sarawak Link Road (SSLR) Fasa 2 bernilai RM7.4 bilion.
- Kepentingan hak Sabah yang tidak boleh dipertikaikan seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
- Projek naik taraf Lapangan Terbang Tawau.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Belanjawan 2025 jelas menunjukkan ekonomi Malaysia berada dalam aliran semakin meningkat dan kukuh.