Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) Mencapai 61 Tahun
Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) kini sudah mencapai usia 61 tahun dan merupakan koperasi tertua di Sabah. Ahli ahli KOPEKS telah menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan, khususnya bagi tujuan menampung pengajian anak ahli yang melanjutkan pelajaran, menampung kos perubatan; membaikpulih rumah khusus bagi ahli yang akan bersara; menyediakan kemudahan pembiayaan kredit; pembiayaan menunaikan umrah; program pelancongan anggota; tabung Khairat bagi ahli yang meninggal dunia; insentif pendidika; dan sumbangan kepada asnaf dan anak yatim.
KOPEKS telah melancarkan pelan strategi perniagaan bagi 2024-2026, yang meliputi bidang perniagaan, pelaburan dan pembangunan perniagaan baharu, termasuk membangunkan dua bidang tanah yang sedia ada di Menggatal dan Lahad Datu untuk perumahan yang akan di jual kepada ahli dan orang ramai.

Kini, KOPEKS juga seiring dengan matlamat Pelan Pembangunan Negeri Sabah iaitu Hala Tuju Sabah Maju Jaya, terutamanya pengurusan yang cekap, komited dan berintegriti telah meningkatkan kestabilan kewangan dan memberi manfaat berterusan kepada ahli dan komuniti,” kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor pada 27 November 2024 ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-47 KOPEKS di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu. “Ini merupakan sejarah besar bagi KOPEKS dan 5,898 ahlinya.”