Bersatu Meraikan Perayaan Dalam Kepelbagaian dan Kepercayaan

berita-sabahDec 2024news

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor ingin rakyat di Sabah untuk terus bersama-sama sebagai satu masyarakat bersatu dalam meraikan kepelbagaian dan kepercayaan. Dalam masa sama juga beliau berkata kerajaan negeri akan sentiasa memastikan perpaduan rakyat dan kestabilan politik sentiasa kekal agar peningkatan ekonomi akan terus membangun.

Bersempena perayaan Krismas ini, beliau berharap agar kita semua akan terus bersikap toleransi dan bersatu padu. “Dalam semangat Krismas ini juga, marilah kita meluangkan sedikit masa merenung persamaan yang selama ini menyatukan rakyat dan kekal fokus untuk mengukuhkan nilai-nilai ini," katanya dalam Perutusan Krismas pada 23 Disember 2024.

Hajiji turut mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada semua masyarakat Kristian yang merayakannya di negeri ini.