Perpaduan dan Keharmonian adalah Keistimewaan Negeri Sabah

berita-sabahJan 2025news
Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor ketika hadir dan beramah mesra dengan sebahagian peserta di Majlis Perasmian Pesta Tarian Naga, Singa, dan Unicorn Tahun Baharu Cina serta Pameran Kampung Budaya 2025, SICC.

Keistimewaan negeri Sabah ialah apa juga perayaan yang dianjurkan, ia mendapat sambutan hebat daripada rakyat berbilang kaum. Rakyat Sabah yang mempunyai lebih 30 etnik hidup dalam keadaan harmoni sejak sekian lama walau pun berbeza latar belakang agama dan bangsa. Kerajaan negeri akan terus memastikan perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di Sabah kekal terpelihara, tegas Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

“Kita menghormati kebudayaan semua kaum sebab itu kerajaan negeri turut menganjurkan perayaan-perayaan besar di Sabah seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina di peringkat negeri,” Hajiji berkata demikian pada 4hb Januari 2025 ketika merasmikan Pesta Tarian Naga, Singa dan Unicorn Tahun Baharu Cuna serta Pameran Kampung Budaya 2025 di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, yang di anjur oleh Persatuan Komuniti Cina Sabah Bersatu Kota Kinabalu (United Sabah Chinese Communities Association of Kota Kinabalu atau USCAKK). Hajiji berkata kerajaan negeri akan pastikan semua budaya dan perayaan dihormati termasuk memberi peruntukan kepada rakyat di Sabah.