Perpaduan, Keharmonian dan Kestabilan Politik, Kunci Pembangunan Negeri
Kerajaan negeri hari ini – GRS PH Plus - mempunyai banyak perancangan untuk meningkatkan ekonomi khususnya menerusi tiga teras utama Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). GRS PH Plus akan meneruskan perjuangan membantu rakyat. Apa apa pun, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata kestabilan politik, bersatu hati dan perpaduan mesti di utamakan dahulu supaya lebih banyak pembangunan termasuk meningkatkan ekonomi demi kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan.
Hajiji berkata, pencapaian dalam ekonomi khususnya kutipan hasil terus meningkat setiap tahun daripada RM4 bilion kepada RM7 bilion pada 2024. “Saya percaya dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang, jika GRS-PH Plus diberi mandat, kutipan hasil akan mencapai hingga lebih RM8 bilion,” tegas Hajiji pada 29hb Januari 2025 sempena Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2025 peringkat daerah Sandakan di Dewan Yu Yuan, Sandakan. “Saya mahu rakyat di Sabah termasuk di Sandakan akan terus memberi kepercayaan kepada kerajaan GRS-PH Plus dalam pilihan raya akan datang agar perjuangan kita membangunkan Sabah akan dapat diteruskan.”

Ketua Menteri berkata masyarakat Tionghua menpunyai peranan besar dalam pembangunan ekonomi di Sabahi, dan beliau berharap masyarakat Tionghua akan terus bersama-sama membantu kerajaan membangunkan ekonomi Sabah. Ketua Menteri manasihatkan rakyat agar tidak mendengar atau mudah terpengaruh dengan cerita-cerita fitnah kepada kerajaan serta bohong pembangkang melalui media sosial dan lain lain cara. “Saya ingin memberi jaminan bahawa kerajaan negeri sentiasa berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira keturunan dan kepercayaan mereka, kata Hajiji. “Ini yang kita terus lakukan dan saya berharap rakyat di Sandakan akan terus memberi sokongan kepada wakil-wakil rakyat di daerah Sandakan.”