Bantuan Mangsa-mangsa Kebakaran Diberi Keutamaan
Perbincangan Kerajaan negeri dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk membantu mangsa kebakaran di Kampung Cempaka, Likas, pada 1 Mac lalu. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, nasib mangsa-mangsa kebakaran ini akan diberi perhatian, terutama pada bulan puasa ini. “Hari ini saya berkesempatan melawat mangsa kebakaran di Kampung Cempaka, Likas. Kita amat prihatin dan sebagai kerajaan peduli rakyat kita telah memberi bantuan kewangan sebanyak RM1,300 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran iaitu sebanyak RM1,000 daripadanya adalah dari kerajaan negeri manakala RM300 lagi dari Kumpulan Yayasan Sabah,“ katanya.
“Kita berusaha memikirkan nasib mangsa-mangsa kebakaran ini dan kita faham terutama pada bulan puasa ini, mengenai ketidakselesaan dan kesusahan mereka. Oleh itu, usaha berterusan untuk mencari jalan yang terbaik akan diteruskan untuk membantu mereka seterusnya. “Selain bantuan kewangan, kerajaan turut memberi pelbagai bantuan lain seperti bantuan gas dan dapur dari Yayasan Kebajikan Sabah dan bakul makanan dari Kumpulan Yayasan Sabah,” katanya pada 3hb Mac 2025 selepas melawat mangsa-mangsa kebakaran Kg. Cempaka, Likas, di Dewan Serbaguna Likas.
Dalam kejadian pada awal pagi 01hb Mac 2025, seramai 511 orang mangsa daripada 91 keluarga telah kehilangan tempat tinggal. Dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka untuk menempatkan mangsa kebakaran. Selain itu, bantuan ini juga dipimpin melalui Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM). Mangsa kebakaran juga telah menerima bantuan awal sebaik sahaja berdaftar di PPS iaitu bantuan bakul makanan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia; dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am.




