Pembangunan Sabah Melalui Perpaduan dan Kestabilan Politik

berita-sabahMarch 2025news
Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor beramah mesra dengan sebahagian penduduk yang hadir sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Menteri di Kota Belud

Perpaduan dan kestabilan politik haruslah dikekalkan kerana ini akan meningkatkan kemajuan di Sabah, tegas Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. Beliau berkata “Tiada siapa boleh menafikan bahawa sejak kita mengambil alih kerajaan, banyak kejayaan kita capai daripada pelbagai inisiatif yang dilaksanakan yang tidak pernah dibuat kerajaan sebelum ini. “Daripada aspek ekonomi hinggalah kepada kesejahteraan rakyat dan pendidikan, telah banyak kita buat. Malah, dasar mesra pelabur telah mewujukan beribu-ribu peluang pekerjaan.

“Oleh itu, jika ada perpaduan dan kestabilan politik, kita dapat memajukan Sabah. Sebab itu pentingnya perpaduan dan saya melihat bukan hanya masyarakat Bajau sama atau yang beragama Islam saja hadir pada majlis ini, tetapi juga turut dihadiri masyarakat lain termasuk ketua-ketua gereja di Kota Belud,” katanya pada 5hb Mac 2025 ketika berucap sempena Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Menteri di Pekarangan Masjid Jamek Kampung Taun Gusi, Kota Belud.

Beliau berkata, kejayaan dan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan itu perlu terus diuar-uarkan agar lebih ramai rakyat di peringkat akar umbi tahu usaha yang dilaksanakan kerajaan. “Saya mahu cakap ini (kejayaan hasil inisiatif kerajaan) kerana mungkin ada yang tidak maklum dengan usaha-usaha kita. Secara tidak langsung, pembangkang sangat suka memfitnah dan cakap kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) gagal,” katanya.

Gimil pelancaran Geran Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) Mukim Rosok dan Mukim Keguraan dilakakana dan penyerahan geran tanah kepada 55 penerima di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk. Sebanyak 16 kampung yang terlibat dalam menerima geran ini dengan jumlah keseluruhan kawasan tanah sebanyak 1,559 hektar bersamaan 3854 ekar.