Kunjungan Perpisahan Dr.Huang Shifang

berita-sabahMarch 2025news

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan perpisahan daripada Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Dr Huang Shifang di pejabatnya di Menara Kinabalu pada 13hb Mac 2025.

Dr. Huang Shifang akan mengakhiri perkhidmatannya di Sabah pada akhir Mac 2025 setelah berkhidmat hampir 3 tahun di Sabah. Hajiji menzahirkan terima kasih kepada Huang atas perkhidmatan beliau.