Peruntukan RM702 Juta Untuk Projek Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13)
Sabah kini dalam proses untuk menerima 14 projek bernilai RM702 juta di bawah Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang akan bermula awal 2026. SEDIA (Sabah Economic Development and Investment Authority) akan membantu dan memantau projek tersebut. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor memuji SEDIA kerana mengekalkan rekod sijil tanpa teguran dari segi pengurusan kewangan daripada Ketua Audit Negara ketika mempengerusikan mesyuarat SEDIA pada 21 Mac 2025 di Kampong Lok Batik, Tuaran.

Berikut merupakan pencapaian SEDIA:
- SEDIA telah menyiapkan Kajian Pembangunan Ekonomi Kawasan Sempadan Sabah, yang menyediakan satu pelan strategik komprehesif untuk meningkatkan ekonomi di kawasan sempadan di Sipitang, Nabawan, Kalabakan dan Tawau. Sektor-sektor ekonomi itu merangkumi pelancongan berasaskan komuniti, perikanan dan akuakultur, industri hiliran minyak sawit, biokimia, biofuel dan perdagangan rentas sempadan yang dijangkakan dapat meningkatkan Nilai Tambah Kasar kepada sumber sedia ada sebanyak 330 peratus kepada RM1.6 bilion dan membuka 10,660 peluang pekerjaan menjelang 2040.
- Penternakan kerang berdarah yang dijalankan antara SEDIA dan Jabatan Perikanan Malaysia dan Sabah di Tawau, Semporna, Tuaran, Kudat, Beluran dan Teluk Padas Beaufort. “Projek Kerang Berdarah, yang merupakan pertama di Sabah, mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai projek Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bagi membantu lebih daripada 3,000 orang.
- Kerjasama antara SEDIA dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) telah dapat menilai dan membimbing 10 kajian tempatan yang berpotensi untuk dikomersialkan.
- SEDIA bersama FUTURISE Berhad, sebuah syarikat Kementerian Kewangan Malaysia, telah dipilih sebagai medan ujian pengunaan dron pengangkutan penumpang dan kargo yang bakal dilaksanakan.
- RM2.8 bilion telah dibelanjakan untuk melaksanakan 1,275 projek-projek berimpak tinggi, people-centric, program pembasmian kemiskinan dan pembangunan modal insan.
Dengan itu, Beliau memuji SEDIA kerana telah mengekalkan rekod kewangan bersih daripada Ketua Audit Negara selama 15 tahun berturut-turut. “Saya ingin SEDIA dan dan agensi-agensi Kerajaan Negeri untuk sentiasa mencari rakan strategik agar dapat meneroka bidang-bidang baharu yang berpotensi menjana pendapatan dan peluang-peluang pekerjaan,” katanya.
