Kekalkan Perpaduan dan Keharmonian
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengajak seluruh rakyat Sabah tidak kira bangsa dan agama untuk sama-sama berusaha ke arah mengekalkan perpaduan dan keharmonian. “Marilah kita bersama-sama membangunkan Sabah sekaligus meningkatkan kesejahteraan rakyat. Bagi pihak kerajaan, kita sentiasa mendengar, memahami seterusnya bertindak menyelesaikan masalah serta isu yang dihadapi oleh rakyat,” katanya pada 29 Mac 2025 dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri 2025.
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini, kita haruslah mengingati mereka yang kurang bernasib baik. “Dengan semangat bersedekah dan ihsan yang merupakan salah satu makna Aidilfitri, marilah kita menghulurkan tangan dengan hati terbuka untuk membantu mereka yang memerlukan. Semoga kita semua berusaha untuk menyokong satu sama lain, memperkukuh semangat kemasyarakatan dan perpaduan yang terkandung dalam perayaan ini.
“Dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri, jangan juga kita lupa untuk bersyukur dengan kekuatan dan ketabahan kita sepanjang bulan Ramadan. “Ketika berpuasa dan muhasabah diri ini membawa kita lebih dekat kepada iman, mengingatkan tentang kepentingan kesabaran, ketabahan, dan pemahaman,” katanya. “Bagi pihak Kerajaan Negeri dan keluarga, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua Muslimin dan Muslimat yang meraikannya,” tambahnya.