Ketua Menteri Terima Kunjungan Timbalan Menteri Luar Republik Indonesia

berita-sabahnews
Hajiji berbincang bersama Arif Havas semasa menerima kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Indonesia,Tuan Yang Terutama Arif Havas Oegroseno pada 9 April 2025 di pejabatnya di Menara Kinabalu.

Beliau dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke Malaysia mulai 8 April 2025, dengan dua hari di Sabah diikuti sehari di Kuala Lumpur. Kedua-dua pihak berbincang mengenai pelbagai isu, khususnya mengenai kesepakatan keselamatan perbatasan, selain isu ekonomi yang melibatkan Kerjasama perdagangan diantara Sabah dan Indonesia.