Yang di-Pertua Negeri Rasmi Pembukaan Penggal Ke-5 DUN Sabah
10 April 2025
Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Musa Haji Aman menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Tahun 2025, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke 16 pada 10 April 2025 di Bangunan DUN Sabah.
Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Haji M.Yahya dan tetamu lain. Terdahulu Musa menerima tabik hormat dan memeriksa barisan kehormatan di Dataran DUN. Selepas istiadat perasmian, Musa dan Hajiji kemudiannya menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri DUN Sabah di Dewan Bankuasi DUN Sabah.