Peranan MICCI Sebagai Rakan Kongsi dan Penghubung Dalam Pembangunan

April 2025berita-sabahnews

Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (atau Malaysian International Chamber of Commerce and Industry MICCI) memainkan peranan penting sebagai rakan dalam kemajuan kepada kerajaan persekutuan dan negeri dalam mempromosikan persekitaran perniagaan yang baik dengan membangun dan melaksanakan rangka kerja pengawalan yang kukuh yang kondusif untuk persekitaran perniagaan yang sihat. Selain itu MICCI juga telah memainkan peranan utama dalam Ekspo Antarabangsa Sabah yang diadakan setiap dua tahun, yang telah menjadi platform penting untuk mempromosikan perdagangan, perniagaan dan pelaburan selama lebih dua dekad.

Di dalam ucapan Ketua Menteri yang disampaikan oleh Datuk Ceaser Mandela Malakun, Setiausaha Sulit Kanan, pada 17 April 2025, semasa majlis makan tahunan Cawangan Sabah MICCI 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata “Dengan keanggotaan korporat yang kukuh merentasi pelbagai sektor perniagaan dari pelbagai negara dan pelaburan bernilai bilion, MICCI adalah satu kuasa yang perlu diambil kira.

Hajiji berkata Kerajaan Negeri telah mengalokasikan RM6.42 bilion untuk belanjawan 2025 yang telah diperuntukkan untuk meningkatkan ekonomi. Berikut merupakan pelan pembangunan yang diperuntukan:

  • Menaik taraf pelbagai infrastruktur dan utiliti, terutamanya yang melibatkan air, elektrik, dan jalan.
  • Sumber tenaga boleh yang boleh diperbaharui.
  • Projek hidroelektrik Ulu Padas, yang boleh menyumbang sekitar 187.5MW dan juga berpotensi untuk membekalkan sekitar 6,000 juta liter sehari (MLD) air.
  • Tingkatkan kapasiti loji rawatan air yang sedia ada.
  • Infrastuktur di Pelabuhan Kontena Sapangar Bay.

Sejak September 2020 dianggarkan bernilai RM17.41 bilion daripada 73 syarikat, 52 telah pun menubuhkan perniagaan di negeri ini dengan jumlah pelaburan sebanyak RM7.8 bilion dan telah mencipta 3,636 pekerjaan. Hajiji berkata Dari 2022 hingga 2024, Sabah juga menerima cadangan pelaburan baharu bernilai RM42.3 bilion, menawarkan 32,996 pekerjaan melalui SK Nexilis dan Kumpulan Kibing, pelabur lain termasuk Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd dengan pelaburan RM19.6 bilion, Curix Sdn Bhd (KKIP), barisan pengeluaran ketiga Kumpulan Kibing (KKIP), Tex Evolusi Waste Management Sdn Bhd (SOGIP) dan E Concern (Borneo).

“Secara keseluruhan, saya gembira untuk mengatakan bahawa dengan semua pelaburan ini, Sabah mampu meraih pelaburan bernilai RM58.319 bilion. Tambahan itu, Ekonomi Biru, yang dilancarkan pada 2024, juga dijangka menjadi pemangkin dalam pembelbagaian ekonomi negeri. “Ekonomi Biru bukanlah sekadar penangkapan ikan laut dalam dan juga merangankumi 14 komponen dalam Ekonomi Biru yang boleh diterokai seperti tenaga laut boleh diperbaharui, karbon biru, pelancongan, pengangkutan maritim, bioteknologi mari dan sebagainya.