Pelancaran Karnival Ulang Tahun Masjid Bandaraya ke-25

April 2025berita-sabahnews

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor melancarkan Karnival Jubli Perak Masjid Bandaraya Kota Kinabalu pada 18hb April 2025. Pelbagai program telah diatur semasa karnival yang berlangsung dari 18 hingga 20 April 2025, termasuk pameran oleh jabatan kerajaan dan pihak swasta di perkarangan masjid. Hajiji, yang diiringi oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ariffin Arif serta Pengerusi Masjid Bandaraya Datuk Paiman Abd Karim, juga melawat gerai-gerai pameran selepas majlis pelancaran.