Inisiatif ECoS Untuk Pembangunan Sabah

April 2025berita-sabahnews
Hajiji bersama Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir. Shahelmey Yahya dan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Negeri Sarawak, Dato Sri Haji Julaihi Haji Narawi menyaksikan penyerahan mock Label Keselamatan.

Suruhanjaya Tenaga Sabah (Energy Commission of Sabah atau ECoS) telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat Sabah, khususnya dalam sektor tenaga. Antara pelancaran terkini ialah Label Keselamatan ECoS-SIRIM. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata inisiatif ini adalah satu langkah proaktif ECoS untuk melindungi kepentingan pengguna termasuk memastikan hanya peralatan elektrik dan gas yang selamat serta berkualiti tinggi akan dipasarkan di Sabah.

Dalam masa yang sama, pelancaran ini juga membawa kepada program penting iaitu Memorandum Persefahaman (Memorandum of Understanding atau MoU) diantara ECoS dan Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak. Katanya, kerjasama strategik ini sangat penting dan menzahirkan pengiktirafan bersama terhadap keselamatan peralatan elektrik dan gas serta menekankan peranan ECoS dalam memastikan produk yang digunakan oleh rakyat memenuhi piawaian tertinggi.

Belia yakin dengan MoU ini, ia akan akan memperluaskan pasaran produk-produk yang berkualiti dan diiktiraf bagi kemudahan pengguna dan peniaga kedua-dua negeri", katanya pada 22hb April 2025 di Majlis Pertukaran MoU diantara ECoS dan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak serta Pelancaran Label ECoS/Sirim dan Pelancaran Program TVET Angkat ECoS sempena Majlis Ramah Mesra Aidilfitri ECoS di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Ketua Menteri juga beliau mengingatkan orang ramai agar mengutamakan keselamatan elektrik dan gas serta memberi perhatian serius terhadap isu keselamatan barangan pengguna terutamanya barangan yang berisiko tinggi. "Kerajaan negeri menyokong dan amat mengalu-alukan usaha yang diambil oleh ECoS bersama kerajaan Sarawak dalam aspek keselamatan peralatan elektrik dan gas di kedua-dua negeri", tegasnya. Hajiji optimis, penubuhan ECoS telah membuka lembaran baharu dalam pengurusan sektor tenaga di Sabah.

Di samping itu, semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Sabah Energy Corporation (SEC) di Dewan Sipadan, SICC, Hajiji menyaksikan penyerahan bayaran dividen sebanyak RM18 juta daripada SEC kepada Kerajaan Negeri, sumbangan sebanyak RM500,000 kepada Yayasan Kebajikan Sabah dan bayaran Zakat Perniagaan 2024 sebanyak RM198,536 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Hajiji bersama Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir. Shahelmey dan Dato Sri Haji Julaihi menyaksikan pertukaran dokumen MoU Pengiktirafan Bersama Label Keselamatan ECoS-SIRIM dan SIRIM-MUT.

Haji menyaksikan pertukaran dokumen MoU Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Angkat (Pembangunan Kompetensi Eletrik dan Gas) di antara ECoS dan Institut Latihan Teknikal dan Perdagangan (ILTP) Sabah.

Hajiji menyaksikan penyerahan pembayaran dividen RM18 juta kepada Kerajaan Negeri yand di wakili oleh Datuk Mohd Sofian Alfian Nair, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, daripada Sabah Energy Corporation (SEC), yang di wakili oleh Datuk Adzmir Abd Rahman, Ketua Pegawai Eksekuti.

Hajiji Haji Noor menyaksikan penyerahan sumbangan RM500 ribu untuk Yayasan Kebajikan Sabah (diwakili oleh Datuk Hajah Diyanah Abdullah, Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah) daripada Sabah Energy Corporation (diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Adzmir Abd Rahman).