Kerajaan Negeri Sampaikan Ucapan Takziah Kepada Penganut Katolik
22 April 2025
Pemergian Pope Francis merupakan kehilangan besar kepada penganut Katolik bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. “Dunia meratapi pemergian seorang pemimpin kerohanian yang benar-benar mulia yang terkenal dengan kerendahan hati, belas kasihan dan yang bijaksana.
Bagi pihak Kerajaan Negeri dan rakyat Sabah, saya mengucapkan takziah kepada semua penganut Katolik di saat kesedihan anda,” katanya pada 22hb April 2025. Pope Francis meninggal dunia pada 21hb April 2025, di Vatican City, berusia 88 tahun.