Hajiji Tegas Jaga Suara Sabah, GRS Terus Diterajui Parti Tempatan
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghormati pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim, mengenai langkah memastikan kestabilan politik di Sabah pada pertemuan mereka di Tawau pada 11hb Mei 2025. Dengan hasrat PM selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH) untuk melihat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dapat bersama dengan PH dan Barisan Nasional (BN) dalam kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Semasa perjumpaan dengan Perdana Menteri, perbincangan untuk mewujudkan kestabilan politik di Sabah diutamakan agar pembangunan untuk rakyat didahulukan. Dalam konteks kerjasama, kita tiada masalah kerana kerajaan negeri hari ini adalah GRS-PH Plus. Walaubagaimanapun, keputusan kita pada PRN nanti, kita akan rujuk kepada Ahli Majlis Tertinggi GRS untuk memutuskan. Belia menyatakan kepada Perdana Menteri bahawa di Sabah kita perlu melihat aspirasi tempatan untuk mewujudkan persefahaman politik untuk maju ke depan pada 12hb Mei 2025 kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Ketua Menteri: Membina Masa Depan Kunak, di Padang Pekan Kunak.
Hajiji merasai kehendak rakyat Sabah yang mahu supaya inning kerajaan negeri diketuai oleh parti tempatan, khususnya menerusi GRS selaku satu-satunya gabungan politik berasaskan parti tempatan di Sabah. Dengan pencapaian kerajaan negeri yang diketuai GRS ketika ini sudah terbukti, termasuk dari segi pembangunan ekonomi yang wajar terus ditingkatkan melalui mandat baharu daripada rakyat melalui PRN17 nanti. “Banyak inisiatif kita laksanakan di seluruh Sabah yang cukup baik untuk masa depan bukan saja kepada pembangunan Sabah, tapi untuk membangunkan ekonomi kita keseluruhannya.
Hajiji berkata pencapaian dilakar kerajaan negeri pimpinannya tidak pernah berlaku dalam kerajaan terdahulu, antaranya Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) dengan PETRONAS yang memberi banyak manfaat kepada Sabah, terutamanya Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Samarang dan projek Sabah Ammonia Urea (SAMUR) di Sipitang.
Di samping itu, penyerahan tanah Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) diberikan sebagai sebagai rizab perkampungan bagi Kampung Kunak Jaya, Bagian dan Selamat serta peruntukan sebanyak RM1.2 juta untuk membina kemudahan jeti di Kampung Pangkalan.