Hajiji Santuni Pempengaruh Sabah
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor beramah mesra bersama lebih 70 pempengaruh tempatan dalam program Santai YAB Ketua Menteri Bersama Pempengaruh Sabah 2025 anjuran Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), bertempat di North Borneo Cruise.

Program ini menjadi platform kepada pempengaruh menyuarakan aspirasi dan cadangan, termasuk penubuhan entiti penyelaras pengkarya seni serta inisiatif keusahawanan untuk memperkasakan industri seni dan ekonomi kreatif di Sabah.
Hajiji menegaskan bahawa kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap keperluan penggiat seni dan pempengaruh, serta akan terus memberi perhatian dalam usaha memartabatkan hasil karya tempatan dan menjadikan seni budaya sebagai pemacu pembangunan negeri.