Halliburton & DPI Jalin Kerjasama Dengan Syarikat Tempatan di Sabah

berita-sabahMay 2025news

Dua syarikat minyak dan gas antarabangsa, Halliburton dan Kumpulan DPI, menjalin kerjasama strategik dengan syarikat tempatan, Jalinan Enigma Sdn Bhd, bagi menawarkan penyelesaian teknikal sektor minyak dan gas di Sabah.

Delegasi yang diketuai Naib Presiden Kanan Halliburton Asia Pasifik, Martin White, telah memaklumkan perkara itu kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, dalam pertemuan di Menara Kinabal pada 20 Mei 2025.

Kerjasama ini merangkumi skop kerja seperti intervensi telaga, pengurusan pasir dan air untuk meningkatkan pengeluaran. Turut hadir, Pengarah Urusan DPI Group, KY Doucet; Pengerusi Jalinan Enigma, Yong Khen San; serta beberapa pengarah syarikat.