Kerjasama Dua Hala Switzerland dan Sabah
26 May 2025
Duta Switzerland ke Malaysia, Chantal Moser, mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu bagi membincangkan kerjasama dua hala, khususnya dalam bidang kelestarian komoditi, pertanian dan pembangunan ekonomi.
Lawatan itu diadakan sempena penyertaannya dalam Pameran Koko Antarabangsa Malaysia (MICF 2025) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).