Ketua Menteri Serah 200 Ekor Lembu Korban Sempena Aidiladha

berita-sabahJune 2025news

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah menyerahkan sebanyak 200 ekor lembu korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dalam satu majlis yang berlangsung di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Samah Sabah, Kampung Lok Batik, Tuaran.

Sumbangan itu disalurkan kepada wakil masjid dan surau di kawasan Parlimen Tuaran, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), serta agensi-agensi kerajaan negeri dan daerah. Menurut Hajiji, ibadah korban bukan sekadar memenuhi tuntutan agama, tetapi juga berperanan penting dalam memperkukuh perpaduan dan nilai tolong-menolong dalam kalangan masyarakat.

"“Ibadah korban menyampaikan mesej mendalam tentang kesatuan, pengorbanan, keikhlasan, dan kepedulian sesama umat Islam. Aidiladha bukan hanya sebuah perayaan, tetapi penghayatan terhadap makna sebenar pengorbanan,” katanya. Beliau turut menzahirkan harapan agar semangat Aidiladha terus menyemai keharmonian dan kekuatan komuniti Islam di Sabah.