Kerajaan Salur Bantuan Awal Kepada Mangsa Kebakaran di Petagas dan Bukit Vor
Seramai 74 mangsa daripada 28 keluarga yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Petagas dan Bukit Vor menerima bantuan awal daripada Kerajaan Negeri. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor turun padang menyampaikan bantuan di Pusat Pemindahan Sementara, Dewan Sri Putatan.
Setiap ketua isi rumah menerima bantuan Wang Ihsan, Yayasan Kebajikan Sabah dan Pusat Zakat Sabah masing-masing berjumlah RM1,000, serta bakul makanan dan RM300 daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah.
Kerajaan turut berjanji membina Rumah Mesra SMJ di tapak sedia ada bagi rumah yang musnah sepenuhnya, manakala bantuan RM5,000 hingga RM10,000 disediakan bagi rumah yang sebahagian terbakar. Kebakaran pada 16 dan 17 Jun itu melibatkan 46 mangsa di Petagas dan 28 mangsa di Bukit Vor.